susunan langkah diteruskan...

Hari ini merupakan hari ke-2 Kencana Pawana menjalani latihan persediaan ke Festival Zapin MAKUM 2008. Jika semalam telah membuat ketetapan untuk mempertaruhkan Zapin Pekan dengan iringan lagu Sri Pekan. Serta diikuti dengan mempelajari 7 bunga tarinya, dan juga pecahan untuk 2 pantun, hari ini diteruskan lagi dengan pecahan untuk pantun ke-3 dan ke-4. Memandangkan lagu Sri Pekan mempunyai 6 pantun, jadi tinggal berbaki 2 pantun sahaja untuk dilengkapkan pecahannya.

Latihan hari ini bermula agak awal berbanding. Latihan hari ini juga agak berat memandangkan abgNizam memberikan bunga-bunga yang agak payah untuk dikenakan pada setiap pecahannya walaupun pecahan agak mudah. Ini memberikan cabaran kepada Kencana Pawana untuk menghasilkan persembahan yang baik untuk setiap pecahan dan ragam yang abgNizam berikan.

Setelah bertungkus lumus mendapatkan setiap ragam untuk setiap ragam yang abgNizam berikan, akhirnya dapatlah diselesaikan 2 pantun lagi hari ini. Kencana Pawana sudah merasakan kepenatan yang agak ketara hari ini memandangkan ragam untuk setiap pecahan agak sukar. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang Kencana Pawana untuk terus berusaha mempersembahkan ragam yang bersih untuk setiap pecahan.

Seperti semalam juga, latihan hari ini berakhir pukul 5 petang. Semoga latihan esok hari lebih baik dari hari ini. Dan juga berharap Kencana Pawana hafal setiap pecahan & ragam yang dipelajari hari ini.


asyik mendengar penerangan abgNizam



sedia melangkah kemas



sedang asyik berlatih



khusyuk mendengar celoteh abgNizam


haus ye daoz...!!


hai...susahnye la hari ni...



pesanan abgNizam hari ini...
> jangan over confident
> menari ikut alunan muzik, jangan keja muzik
> jadikan setiap gerakan seprti air mengalir (macam sungai Pahang katanya)
> hayati setiap gerakkan dengan iringan muzik
> jangan takut melangkah

No comments: