Bengkel Tarian Kuda Kepang MAKUM 2008

Program : Bengkel Tarian Kuda Kepang MAKUM 2008
Tempat : Universiti Sains Malaysia (USM)
Tarikh : 19-21 Disember 2008

Bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM), telah berlangsung Bengkel Tarian Kuda Kepang MAKUM 2008 pada 19 hingga 21 Disember 2008. Seramai 9 orang penari Kencana Pawana serta seorang pegawai pengiring telah turut serta dalam bengkel tersebut.

Antara objektif penganjuran adalah:

- Memperkenalkan seni warisan Johor khususnya kepada mahasiswa/i Universiti di seluruh negara amnya supaya dapat mengangkat dan memartabatkan seni warisan bangsa.
- Menggalakkan mesyarakat dan mahsiswa/i untuk menghayati dan mencintai seni warisan bangsa terutamanya Kuda Kepang
- Mengekal dan memperkasakan seni warisan bangsa di samping dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar/mahasiswa/i daripada seluruh IPTA seluruh negara.


Bengkel telah dikendalikan oleh 4 orang jurulatih yang dijemput khas dari Yayasan Warisan Johor (YWJ). Selain itu, penggiat kuda kepang dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor DT juga telah dijemput pada sesi pengenalan sejarah kuda kepang.





majlis perasmian oleh Encik Razali Bin Ahmad, Timbalan Pengerusi MAKUM


para peserta dari universiti seluruh Malaysia


sepanjang bengkel



No comments: