Kunjungan Kelab Senitari Adimastuli UPM ke UMP

Program : Kunjungan Kelab Senitari Adimastuli UPM ke UMP
Tarikh : 25 Januari 2009
Tempat : Universiti Malaysia Pahang

Seramai 20 orang penari Kelab Senitari Adimastuli UPM serta seorang pegawai pengiring telah berkampung seharian di Astaka UMP dalam edisi kunjungan mereka ke UMP. Tujuan utama kunjungan tersebut adalah berkongsi antara Zapin Ghalit & Zapin Pekan. Perkongsian tersebut amat bermakna buat kedua-kedua kumpulan, Adimastuli UPM & Kencana Pawana UMP, untuk mengembangkan lagi kedua-dua jenis zapin tersebut.

Sesi perkongsian dimulai dengan Zapin Ghalit yang dikendalikan oleh penari Adimastuli UPM pada sesi pagi. Selepas makan tengah hari & solat zuhor, sesi perkongsian diteruskan dengan Zapin Pekan yang dikendalikan oleh koreografer SUK/UMP, Abang Nizam bersama Kak Su.

Semoga perkongsian ini dapat mengembangkan lagi seni tari Melayu kita.


Persembahan sempena Chinese New Year Celebration Dinner 2009

Program : Chinese New Year Celebration Dinner 2009
Tarikh : 17 Januari 2009

Tempat : Astaka, UMP


Sempena Chinese New Year Celebration Dinner 2009 yang berlangsung pada 17 Januari 2009 yang lalu, Kencana Pawana telah dijemput untuk membuat persembahan pada malam tersebut.Konsep persembahan pada malam tersebut adalah Moden Dance. Oleh itu, seramai 9 orang ahli Kencana Pawana telah mempersembahkan tarian Timang Burung kepada para penonton yang hadir. Turut membuat persembahan Modan Dance pada malam tersebut juga adalah kumpulan Tarian India dan Tarian Cina.



solek-menyolek


sesi latihan

Assimilation Night 2009

Program : Assimilation Nigt 2009
Tarikh : 14 Januari 2009
Tempat : WDKU1, UMP


Buat tahun 2009 ini, Kencana Pawana membuka tirai persembahan 2009 dengan mempersembahkan tarian Overture & Sewang pada Assimilation Night 2009 . Lebih manis lagi, persembahan pada malam tersebut bukan sahaja disaksikan oleh warga UMP yang hadir, malah disaksikan oleh pelajar baru dari China yang baru berdaftar di UMP pada minggu lalu.

Assimilation Night 2009 adalah bertujuan untuk memperkenalkan seni & budaya yang terdapat di Malaysia kepada pelajar-pelajar China di UMP yang baru berdaftar untuk mengikuti pengajian di UMP. Persembahan pada malam tersebut juga disertai oleh kumpulan lain yang bernaung dibawah Kelab Kebudayaan & Kesenian UMP. Antaranya Koir Solid Harmonie, PSSGM, Kompang Paluan Baidura, Orquestra Group, Gamelan Astana Sukma, Nasyid Imtiyaz, serta penampilan khas kumpulan tarian India & Cina.


Kencana Pawana



Kumpulan lain yang turut membuat persembahan