Gendang Bertalu, langkah Mula Disusun

Hari ini, bermulalah latihan untuk persediaan Festival Zapin MAKUM 2008 yang bakal berlansung 1-4 Disember 2008 di Universiti Putra Malaysia, UPM Serdang.

Berbekalkan tunjuk ajar jurulatih yang tidak asing lagi bagi kami ahli Kencana Pawana, iaitu abg Nizam dari SUK Pahang, kami akan mempertaruhkan tarian Zapin Pekan dengan iringan lagu Sri Pekan.

Serba sedikit tentang sejarah Zapin Pekan.


“Zapin Pekan”


Tarian Zapin Pekan merupakan sejenis tarian rakyat melayu tradisional. Tarian zapin yang asal dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Zapin Pekan dipercayai telah diperkenalkan sekitar daerah Pekan oleh seorang tukang songkok yang berasal dari Sumatera bernama Adam pada tahun 1930-an.

Zapin begitu popular pada tahun-tahun 50-an dan 60-an di daerah Pekan terutamanya di Kg. Tg. Gemok dan Kg. Lamir. Tarian zapin biasanya ditarikan dalam majlis perkahwinan dan majlis keramaian. Anak-anak muda menjadi penggiat utama dalam tarian zapin ini kerana mereka mempunyai tenaga dan keupayaan menari dalam rentak yang cepat.

Seorang pemuzik bernama Tengku Mansor, telah mengambil inisiatif mencipta lagu-lagu sebagai pengiring kepada muzik dan tarian zapin. Antara lagu-lagu yang dicipta ialah Ya Salam, Yale-yale, Tanjung Serindit , Sri Pekan, Lanchang Pekan, Gambus Palembang dan Lancang Daik. Lagu-lagu ini dinyanyikan oleh isteri beliau sendiri Cik Norlia yang berasal dari Singapura.







No comments: