Kunjungan Kelab Senitari Adimastuli UPM ke UMP

Program : Kunjungan Kelab Senitari Adimastuli UPM ke UMP
Tarikh : 25 Januari 2009
Tempat : Universiti Malaysia Pahang

Seramai 20 orang penari Kelab Senitari Adimastuli UPM serta seorang pegawai pengiring telah berkampung seharian di Astaka UMP dalam edisi kunjungan mereka ke UMP. Tujuan utama kunjungan tersebut adalah berkongsi antara Zapin Ghalit & Zapin Pekan. Perkongsian tersebut amat bermakna buat kedua-kedua kumpulan, Adimastuli UPM & Kencana Pawana UMP, untuk mengembangkan lagi kedua-dua jenis zapin tersebut.

Sesi perkongsian dimulai dengan Zapin Ghalit yang dikendalikan oleh penari Adimastuli UPM pada sesi pagi. Selepas makan tengah hari & solat zuhor, sesi perkongsian diteruskan dengan Zapin Pekan yang dikendalikan oleh koreografer SUK/UMP, Abang Nizam bersama Kak Su.

Semoga perkongsian ini dapat mengembangkan lagi seni tari Melayu kita.


No comments: